11 June 2013

*


berikan aku ruang untuk bersuara. cukup lama aku memendam rasa. sampai masanya aku hemburkan semuanya. rasakan muntahan pelangi dari aku,

selama ini aku berdiam diri, kerana bagi aku. berdiam diri adalah salah satu cara ajaib untuk menyelesaikan masalah, tapi kini aku sedar. ia lebih menjahanamkan lagi keadaan ada lah.

mari dekat cik abang, cik akak. mari dekat. aku mahu katakan seribu patah perkataan. duduk diam dan fikir.

kadangkala aku ingin merasakan sakitnya ditusuk pisau, atau pedang atau apa saja benda tajam di perut berkali kali. adakah sakitnya lebih teruk daripada lidah manusia? adakah adakah?

kau hebat berkata kata sehingga kau lupa, kau mempunyai raut wajah yang cantik, tapi sayang kau tak gunakan untuk mengkaver hati kau yang juga entah. cantik barangkali.

kau salah. tapi kau masih nafikan dan cuba pertahankan dengan mengatakan kau betul. ah. manusia jenis apakah kau ini? layakkah dipanggil manusia? kejam.

cukup. asyik asyik aku merasa disampahkan. sedangkan selama ini aku berikan berlian, aku berikan setiap apa yang aku ada, setiap apa yang diminta, tapi aku? tetap tak sempurna di mata hati kau. benci.

kau perlu tahu satu perkara, bukan mudah menjadi gadis seperti aku,. terlalu berani akan dihina. terlalu lemah akan dikeji. satu soalan. jika kau ditempat aku, bersedia kah kau mengorak langkah? bersediakah kau untuk jatuh tersungkur berkali kali? tidak.

aku adalah aku. dan tolong jangan cuba untuk ubah kenyataan itu.

jenis aku.

aku tidak akan terus berleter panjang, membebel tak tentu pasal hanya untuk selesaikan masalah sekecil biji sawi yang tiada penghujungnya, hanya kerana berurusan dengan manusia yang egonya setinggi klcc.

kerana aku tahu pada konklusinya, hati aku juga yang sakit.

aku pentingkan diri sendiri? haruslah. suruh tengok hati dia, dah sakit katanya, suruh tengok perasaan dia, dah calar katanya. asyik aku yang menengok dan jaga. yang aku punya terlanyak lanyak, ada orang tanya? tak ada.


kau bunuh aku di dalam diri, kau biarkan aku mati sendiri. apa kau fikir aku akan biar kau pergi? tunggu. aku akan ikut kau berjalan, sampai kau mati. ingat! SAMPAI KAU MATI.


sayang.

disini aku masih lagi bernafas dan aku takkan lemas. dengan cabaran dugaanku hadapi ku takkan tewas. walupun aku dihina, dibenci dan dimaki. ku akan gagah berdiri walaupun halangan menanti. kerana kakimu tak cukup buat aku mati. sedih.


intihanya,
aku bencikan kau. jadi lebih baik kau pergi mam! maksud aku makan. 

No comments:

Post a Comment