29 August 2013

.


hidup ni macam roller coaster. ada naik ada turun. pilihan kita nak menjerit ketakutan atau berseronok dalam ride. dan sekarang aku tanya. kau pilih apa?

ada ke manusia dalam dunia yang serba serbi hebat ini yang akan gembira seumur hidup atau ada yang malang dan tak akan pernah rasa bahagia itu walau sedetik. tak ada wei. tak ada.

dia patut bersyukur, bila mana dia dilahirkan. ketika dia melihat bumi yang nyata ini, dia adalah manusia! kami sama. yang bezanya kita adalah pemikiran. sudah matang ataupun masih kebudak budakan.

cukup pertikaikan siapa aku dulu dan aku sekarang.

kau fikir aku nak benda ini terjadi? kau fikir aku yang minta semua ini? kau fikir aku cukup hebat seperti ibu peri yang menggunakan tongkat sakti dan tink tink tadaa.

cukup.

nak lembutkan hati seseorang tak semudah kau tekan punat remote control dan terus tukar channel lain. no. lagi lagi hati seorang insan yang dibekukan di suhu 0 darjah.

orang akan tanya kenapa aku menghilang? kenapa aku larikan tinggalkan semua ini?

hanya dua.

aku tak mahu hati seseorang disakiti. dan ya hati aku juga terus disakiti.

enough is enough.

aku tak seperti dia. yang ada beribu ribu kawan yang akan menghulurkan tangan dan tarik dia untuk terus berdiri.

tidak. jika aku tak kuatkan diri untuk bangun sendiri. aku akan terus jatuh tersungkur,

cara aku mudah. tak perlu susah susah ambil nombor dan beratur panjang semata mata ingin menyelesaikan masalah yang tak ada penghujungnya jika kedua dua hati mempunyai ego setinggi klcc. tak perlu. buang masa. buang tenaga.

tahu apa yang terbaik? sentiasa berfikiran positif.


No comments:

Post a Comment