20 December 2011

. _ .

kenapa kita menutup mata ketika kita tidur? ketika kita menangis? ketika kita membayangkan? ini kerana hal terindah di dunia tidak terlihat.

ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya sejalan dengan kita, kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupa yang dinamakan cinta.


kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang telah dan tengah mencari, dan mereka yang telah mencuba. kerana mereka lha yang bisa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.


cinta yang sebenarnya adalah ketika kamu menitiskan airmata dan masih peduli terhadapnya, ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu masih menunggunya dengan setia. ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih bisa tersenyum
dan berkata 'aku turut berbahagia untukmu'. ;>


apabila cinta tidak bertemu, bebaskan dirimu, biarkan hatimu kembali ke alam bebas, kamu mungkin menyedari, bahawa kamu menemukan cinta dan kehilangannya, tapi ketika cinta itu mati. kamu tidak perlu mati bersama cinta itu.


orang yang bahagia bukanlah mereka yang selalu mendapatkan keinginannya, melainkan mereka yang tetap bangkit ketika mereka jatuh.


entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan, kamu belajar lebih banyak tentang dirimu sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada.


cintamu akan tetap dihatinya, sebagai penghargaan abadi atas pilihan-II hidup yang telah kamu buat.


mencintai juga bukanlah sebagaimana kamu melupakan dia bila ia berbuat kesalahan melainkan bagaimana kamu memaafkannya. bukanlah bagaimana kamu mendengarkan melainkan bagaimana kamu mengerti, bukanlah apa yang kamu lihat melainkan apa yang kamu rasa,
bukanlah bagaimana kamu melepaskan melainkan bagaimana kamu bertahan. :')


lebih menyakitkan adalah menangis dalam hati daripada menangis tersedu atau mengadu, air mata yang keluar dapat dihapus, sementara air mata yang tersembunyi menggoreskan luka dihatimu yang tidak akan pernah hilang.


sayang dalam cinta, kita jarang peduli, tetapi ketika cinta itu tulus, meskipun kau acuhkan, cinta tetap mulia, dan kamu seharusnya berbahagia, kerna hatimu dapat mencintai seseorang yang kau sayang.


mungkin akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang, bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.


namun bila pun kau benar-benar mencintai seseorang, jangan lepaskan dia, bila dia tak membalasmu, barangkali dia tengah ragu dan mencari, jangan percaya bahawa melepaskan bererti kamu benar-benar mencintai tanpa suatu balasan, mengapa tak berjuang demi cintamu? mungkin itulah cinta sejatimu.


kadang kala, orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cinta padamu, karena takut kau berpaling dan memberi jarak, dan bila ia suatu saat pergi, "kau akan mula menyedari ia adalah cinta yang tidak kamu sedari..


Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment